Home » » salam Jumaat

salam Jumaat

Hari Jumaat adalah antara hari-hari yang sangat kita nantikan terutamanya orang-orang seperti saya... kerana esok cuti. Hihi. Sebab tu excited sikit.

Ok. Serius.

Macam ramai yang dah tahu, hari Jumaat juga digelar penghulu segala hari. Tak perlulah saya hurai lebih lanjut sebab rasanya ramai yang dah tahu. Cuma nak berkongsi dua hadith yang sangat istimewa berkenaan solat Jumaat ditujukan khas kepada abang-abang, bapa-bapa, pakcik-pakcik dan semua kaum Adam yang mengaku beragama Islam dan marah kalau orang cakap dia bukan Islam.

Hadith pertama:
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya.
(Riwayat Abu Daud )
Hadith ni valid atau terpakai untuk orang-orang yang:
  • Islam
  • merdeka 
  • baligh
  • berakal
  • sihat(tiada uzur)
  • tinggal menetap(bermukim) ditempatnya 
Dengan kata lain, senarai tu adalah 'Syarat wajib solat jumaat'. Kalau yang nak mengelat dari solat Jumaat dan taknak rasa bersalah, carilah excuse yang boleh lawan syarat-syarat di atas.

lagi macho kalau pergi solat jumaat
memang macho


Hadith kedua untuk menambahkan motivasi menyegerakan ke masjid untuk solat Jumaat:

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."
( Riwayat: Abu Hurairah r.a )

Ikut cerita Ustaz di surau, Allah S.W.T telah melantik malaikat-malaikat yang khusus untuk mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunannya mulai dari awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah. Ulang sekali lagi, kehadiran anda dicatit mengikut tertib kehadiran. Siapa sampai dulu, nama dia dicatat dulu. Tak boleh potong line.

Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat adalah sangat-sangat diutamakan di dalam Islam. Sangat besar ganjarannya. Oleh itu amat besarlah kerugian bagi orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat tersebut.

Jadi cepat-cepat la ke masjid. Kalau nak bersembang ke, melayan rokok ke (PENGUMUMAN: Saya tak sokong aktiviti merokok), buatlah selepas solat Jumaat. Lagi baik.







Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. 
- Imam Hasan Al-Basri

30 comments:

  1. Salam Jumaat...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat. Banyakkan berdoa ye.

    ReplyDelete
  3. salam jumaat ^_^ semoga hari ini lebih dari semalam

    ReplyDelete
  4. salam jumaat...terima kasih berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  5. Assalam. Salam Jumaat kembali.
    Sungguh besar kelebihan hari Jumaat.
    Beruntung bagi yang mengambilnya.
    - info yang mendidik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyk kelebihan hari jumaat. bnyk gak iktibar darinya boleh diambil

      Delete
  6. salam jumaat.. sangat bermanfaat perkongsian ini.. betapa berdosanya jika meninggalkan solat jumaat dengan sengaja..

    Entri Terkini: Menukar Domain Dot Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. dah ada pon satu statement yg sangat femes. "Solat itu tiang agama". Mmg penting la solat, apatah lagi solat jumaat

      Delete
  7. salam jumaat sis. baru dapat singgah sini :)

    ReplyDelete
  8. Assalam.. Perkongsian yg baik, semoga bersama semua beroleh keberkatanNya.. aamiin.
    Saya follow sini ye.. Salam ukhwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar memperingati. Manusia tu kan pelupa. Saya lagi-lagi la

      Delete
  9. perkongsian bermanfaat...sbg peringatan utk kita terutamanya kaum Adam..jgn tinggalkan solat Jumaat.,,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Yang kaum hawa plak sibuk bershopping. huhuhu

      Delete
  10. Dah sabtu pown...jumaat semalam sibuk...xsmpat nk jengah blog lelama...

    Psss....salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe.. tiap2 minggu ada Jumaat. Minggu depan pon ada lagi hari Jumaat. Kira x lambat lagi la.

      Salam perkenalan

      Delete
  11. singgah ahad siti.. bila tiba jumaat mesti rasa lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.... saya rasa happy sbb esok tu sabtu. huhu

      Delete
  12. Singgah membalas kunjungan.. :)

    ReplyDelete
  13. salam seri selaseh.. :) singgah bt kunjungan balas..

    ReplyDelete