Ok. Serius.
Macam ramai yang dah tahu, hari Jumaat juga digelar penghulu segala hari. Tak perlulah saya hurai lebih lanjut sebab rasanya ramai yang dah tahu. Cuma nak berkongsi dua hadith yang sangat istimewa berkenaan solat Jumaat ditujukan khas kepada abang-abang, bapa-bapa, pakcik-pakcik dan semua kaum Adam yang mengaku beragama Islam dan marah kalau orang cakap dia bukan Islam.
Hadith pertama:
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya.Hadith ni valid atau terpakai untuk orang-orang yang:
(Riwayat Abu Daud )
- Islam
- merdeka
- baligh
- berakal
- sihat(tiada uzur)
- tinggal menetap(bermukim) ditempatnya
![]() |
memang macho |
Hadith kedua untuk menambahkan motivasi menyegerakan ke masjid untuk solat Jumaat:
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."
( Riwayat: Abu Hurairah r.a )
Ikut cerita Ustaz di surau, Allah S.W.T telah melantik malaikat-malaikat yang khusus untuk mencatat kedatangan sidang jemaah mengikut tertib dan susunannya mulai dari awal waktu hingga tiba masa imam naik ke mimbar membaca khutbah. Ulang sekali lagi, kehadiran anda dicatit mengikut tertib kehadiran. Siapa sampai dulu, nama dia dicatat dulu. Tak boleh potong line.
Kehadiran lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat adalah sangat-sangat diutamakan di dalam Islam. Sangat besar ganjarannya. Oleh itu amat besarlah kerugian bagi orang yang terlewat (terlepas) daripada waktu catatan malaikat tersebut.
Jadi cepat-cepat la ke masjid. Kalau nak bersembang ke, melayan rokok ke (PENGUMUMAN: Saya tak sokong aktiviti merokok), buatlah selepas solat Jumaat. Lagi baik.
Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam
kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana
aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang
itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak
akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi
peringatan.
- Imam Hasan Al-Basri

slm jumaat siti.. >_<
ReplyDeletesalam Jumaat gak!!
DeleteSalam Jumaat...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
salam jumaat. Selamat singgah
DeleteSalam jumaat. Banyakkan berdoa ye.
ReplyDeletesalam Jumaat. Chayok2
Deletesalam jumaat ^_^ semoga hari ini lebih dari semalam
ReplyDeleteinsyaAllah. jemput la datang lagi
Deletesalam jumaat...terima kasih berkongsi ilmu...
ReplyDeletesama.. setakat yang termampu
DeleteAssalam. Salam Jumaat kembali.
ReplyDeleteSungguh besar kelebihan hari Jumaat.
Beruntung bagi yang mengambilnya.
- info yang mendidik
bnyk kelebihan hari jumaat. bnyk gak iktibar darinya boleh diambil
Deletesalam jumaat.. sangat bermanfaat perkongsian ini.. betapa berdosanya jika meninggalkan solat jumaat dengan sengaja..
ReplyDeleteEntri Terkini: Menukar Domain Dot Com
tu la. dah ada pon satu statement yg sangat femes. "Solat itu tiang agama". Mmg penting la solat, apatah lagi solat jumaat
Deletebetul tu..
Deletesalam jumaat sis. baru dapat singgah sini :)
ReplyDeletesalam jumaat. Jemput singgah lagi ye
DeleteAssalam.. Perkongsian yg baik, semoga bersama semua beroleh keberkatanNya.. aamiin.
ReplyDeleteSaya follow sini ye.. Salam ukhwah..
sekadar memperingati. Manusia tu kan pelupa. Saya lagi-lagi la
Deleteperkongsian bermanfaat...sbg peringatan utk kita terutamanya kaum Adam..jgn tinggalkan solat Jumaat.,,:)
ReplyDeletebetul tu. Yang kaum hawa plak sibuk bershopping. huhuhu
DeleteDah sabtu pown...jumaat semalam sibuk...xsmpat nk jengah blog lelama...
ReplyDeletePsss....salam perkenalan...
xpe.. tiap2 minggu ada Jumaat. Minggu depan pon ada lagi hari Jumaat. Kira x lambat lagi la.
DeleteSalam perkenalan
singgah ahad siti.. bila tiba jumaat mesti rasa lain
ReplyDeletehmmm.... saya rasa happy sbb esok tu sabtu. huhu
Deletesalam isnin seri...
ReplyDeletehihi.. salam isnin paridah
DeleteSinggah membalas kunjungan.. :)
ReplyDeletesalam senin :)
ReplyDeletesalam seri selaseh.. :) singgah bt kunjungan balas..
ReplyDelete