![]() |
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin |
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga terkenal dengan gelaran "Masjid Besi" telah dibuka secara rasminya oleh Al-Wathiqu Billahi Tuanku Mizan Zainal Abidin ibn Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 11 Jun 2010.
Pembinaannya menggunakan kira-kira 6000 tan keluli yang membentuk 70 peratus daripada struktur binaannya. Selebihnya adalah dengan menggunakan konkrit. Ruang masjid luas mampu menempatkan kira-kira 20000 orang jemaah pada satu-satu masa. Terletak di tepi tasik Putrajaya, masjid ini menyediakan sebuah panorama yang indah, terutamanya pada waktu malam dengan limpahan cahaya lampu yang memberikan suasana yang mendamaikan jiwa.
Keunikan masjid ini dapat dilihat daripada struktur binaannya yang terdiri daripada dua buah komponen utama, iaitu bangunan masjid itu sendiri dan juga laluan pejalan kaki yang menghubungkan masjid ini dengan Kompleks Perbadanan Putrajaya dan kompleks-kompleks kerajaan yang lain. Laluan ini dikenali dengan nama "Kiblat Walk". Dengan adanya kolam-kolam air yang diletakkan di sepanjang laluan ini, ia menyerupai pemandangan di kota istana purba Alhambra Sepanyol.
"Kiblat Walk", inspirasi dari kota purba Alhambra Sepanyol |
![]() |
tulisan di panel kaca seolah-olah terapung |
Dari segi hiasannya pula, ia dapat dilihat dari gerbang utamanya yang membawa ke ruang solat uang berukir ayat-ayat suci al-Quran, manakala ruang dalaman masjid ini dilatari dengan Asma'ul Husna yang ditulis dalam khat Thuluth yang indah. Struktur dan hiasan dalamannya yang bercirikan kontemporari dan minimalis ditambah lagi dengan panel kaca setinggi 13 meter yang berfungsi sebagai dinding mihrab yang terukir padanya baris-baris ayat suci al-Quran daripada Surah al-Baqarah dan Surah Ibrahim. Uniknya panel kaca ini, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara.
Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam
kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana
aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang
itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak
akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi
peringatan.
- Imam Hasan Al-Basri

masjid yang cantik...pernah intai tengok sambil lalu...
ReplyDeletekadang2 masjid2 cantik camni bagi tarikan utk org dtg lawat dan solat.
DeleteTerima kasih kerana singgah blog saya haritu..Masjid ni dekat sangat dengan opis saya, jalan kaki je..memang selalu ramai pengunjung, selain masjid yg lagi satu tu
ReplyDeletetu la. Saya pon pernah gak sampai beberapa kali. Untung orang putrajaya. Bleh solat kat masjid cantik2
Deletememang cantik. pernah pergi masjid nih..
ReplyDeletesalam perkenalan cik selaseh.. (:
salam perkenalan... saya minat sgt dgn satu artikel kat Diari Dandelion tu... mintak izin nak amik isi nye ye. Nanti saya buat backlink skali.
Deletealhamdulillah, ilham Allah beri utk menulis. boleh diambil isinya.. terima kasih kerana berminat... :)
Deleteterima kasih selalu singgah blog saya sis:)
ReplyDelete#masjid yang cantik. indah rumah ALLAH kan? :')
rumah Allah indah... moga2 ramai la yang tertarik nak berkunjung
Deletecantik senibinanya.. dekat sahaja dengan pejabat masa aiza kerja dulu di presint 4..
ReplyDeletemesti selalu singgah kan?
DeleteMemang cantik dan unik...
ReplyDeletebetul2... antara masjid pilihan saya
Delete