Home » » Bayi bersolat

Bayi bersolat

Sejak bayi lagi dah solat. Alhamdulillah. Tapi macam mana tu ye..

Tiba-tiba rasa nak bercerita pengalaman sendiri memandangkan saya pernah berada dalam situasi ini. Apabila tinggal berdua bersama bayi dan tiada orang lain untuk membantu terutamanya setelah masuk waktu Maghrib. Maghrib tempohnya pendek. Bayi pula dah menjerit-jerit minta didukung. Dalam keadaan terpaksa, saya terus mendukung bayi saya dan memulakan solat.


seorang anak kecil sedang bersolat
seorang anak kecil sedang bersolat

Saya pernah terbaca beberapa artikel yang mengatakan, tidak boleh menjadikan ia sebagai amalan harian kecuali dalam keadaan terdesak. Bukan apa, dikhuatiri terbatal pula solat kita gara-gara terlebih pergerakan dalam solat ketika mendukung bayi. Maklumlah, nak dukung bayi sambil bersolat bukanlah satu perkara mudah.

Saya juga ada terfikir untuk memakai "baby wrap carrier" atau kain pengendong bayi semasa solat supaya tak perlulah saya mengendong bayi dengan tangan. Letakkan saja bayi didalamnya dan terus bersolat. Tapi saya belum mencuba teknik ni. Terfikir juga kemungkinan bayi akan jadi kurang selesa semasa sujud nanti.

Sekadar berkongsi, di bawah ni ditunjukkan cara-cara untuk solat sambil mendukung bayi. Bolehlah dijadikan panduan bila perlu. Satu perkara penting jika nak bersolat sambil mendukung bayi, pastikan dulu bayi dalam keadaan bersih dari najis.


solat pegang anak
cara solat sambil dukung anak

Sempena tahun baru 2014 ni, semoga kita kuatkan azam menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Boleh rujuk artikel sebelum ni untuk doa semoga anak tidak tinggal solat.

Sumber: Panduan solat bersama bayi….





Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. 
- Imam Hasan Al-Basri

16 comments:

  1. Rasanya tak sampai darurat perlu dukung bayi masa solat, tapi jika terpaksa...ianya dibolehkan.

    ReplyDelete
  2. A'ah. Ada orang pernah kongsi solat sambil pegang bayi ni. Perkongsian yg baik untuk ibu bapa yg ada anak kecil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu yang sikit ni jika dikongsi ada gak manfaatnye.

      Delete
  3. ooo cara dukung bayi pun blh solat
    yumida baru tahu..nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is caring. jemput singgah lagi ye

      Delete
  4. Boleh ke macam ni seri coz pergerakan kita berkemungkinan labih daripada tiga kalikan...Hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut penerangan Dr Zainur Rashid Zainuddin, ada beberapa perkara kita kena ambil berat kalau nak solat sambil dukung anak.

      1) Mampastikan bahawa anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.

      2) Mengawal pergerakan kita semasa solat. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu’) ketika menyempurnakan solat.

      3) Hendaklah mempastikan bahawa dada kita sentiasa mengadap kiblat.

      Delete
  5. Salam ziarah tahun baharu dan salam kenal Seri Selaseh.

    Perkongsian bergambar yang sangat bermakna. Terima kasih atas perkongsian ilmu. :)

    ReplyDelete
  6. Solat itu tak bagi yg berkehendak. Walau apa keadaan sekelaipun solt jangan tinggal. Mesti ada caranya kalau kita tak dapat buat cara normal. Tanya ustaz yg lebih ariff dalam bab ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Walau apa keadaan sekelipun solat jangan tinggal.

      Delete
  7. puteri baru tau tentang ni...terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete