Inilah lumrah manusia. Sedar atau tidak, kehendak kita tiada batasnya, tetapi sumber untuk memenuhi kehendak itu yang sangat terbatas. Maka kita berusaha siang malam dari muda hingga usia menginjak senja, mencari sumber-sumber untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas itu. Rasulullah sudah lama sedar mengenai perkara ini. Baginda ada bersabda yang bermaksud:
"Seandainya manusia memiliki dua buah lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari yang ketiga. Tiada yang dapat memenuhi isi perut manusia kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat." (Riwayat al-Bukhari)
Bukan Islam tak bagi, cuma kita perlu sedar matlamat sebenar kita di muka bumi Allah ini.
![]() |
Mercedes Benz SL600 bertatah berlian milik Putera Al-Walid, dari Arab Saudi |
Keperluan atau kehendak
Pernah dengar tak beza antara 'keperluan' dan 'kehendak'? Satu cara untuk kita mengurangkan nafsu 'kejar dunia' ni adalah dengan membezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak. Keperluan adalah perkara-perkara yang kita perlukan. Kalau tak ada, maka menyukarkan kita untuk terus hidup.
Contohnya pengangkutan. Di zaman sekarang kita perlukan pengangkutan untuk memudahkan kita pergi kerja, ke sekolah, ke pasar dan sebagainya. Tapi untuk orang-orang kebanyakan seperti kita ni, tak perlulah sampai kereta BMW atau Mercedes untuk tujuan tu. Cukuplah sekadar ikut kemampuan kita. Kalau mampu beli Proton, jadilah dengan Proton. BMW dan Mercedes sudah boleh dikira 'kehendak' untuk orang-orang seperti ini. Tapi untuk yang mampu, apa salahnya pergi pasar dengan Mercedes.
Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam
kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana
aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang
itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak
akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi
peringatan.
- Imam Hasan Al-Basri

dunia dikejar.. akhirat biarlah seiring.. jangan jadikan harta yg kita peroleh untuk bermegah megah.. cari harta sebanyak mungkin supaya ianya boleh menambah nilai bukan saja dalam hidup kita.. tapi juga hidup orang lain..
ReplyDeletesgt untung orang2 yg berjaya kejar dua2 dunia & akhirat
DeleteSy tak pnh berangan nak berkereta mewah. Takde pun x pyh sbb sy tak lrt nak berhutang. Hutang ni boleh dibawa ke mati.
ReplyDelete=(
betul tu. Pernah saya dengar dengan telinga sendiri, sorang mak tua ni ckp, dia xnak beli kereta baru walaupon kereta dia dah usang sbb xnak anak2 tanggung hutang dia nanti.
Deletekadang-kadang tertewa jugak dengan kehendak berbanding keperluan :(
ReplyDeletetu la... bnyk lagi kita kena belajar
Deletesaya pun tidak pernah memasang impian setinggi langit. cukuplah sekadar yang ada untuk memenuhi kehendak dan keperluan.
ReplyDeletesyukur la kalau macam tu. walau gaji besar mana pon tapi pengurusan kewangan gagal, susah gak.
Delete