Home » » Dunia vs Akhirat

Dunia vs Akhirat

Assalamualaikum rakan-rakan,

Saya nak ambil masa rakan-rakan sikit untuk berfikir sekejap. Tak sampai 5 minit pon. Kejap je.


Dunia vs Akhirat - hari makin senja
Hari makin senja - ihsan pakcik google

Cuba bezakan dua ayat ni.

Ayat 1. (Selalu kita dengar masa solat Jumaat).



Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).


Ayat 2.


 
Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Mana yang kita nampak lebih ada urgency, memerlukan kesungguhan dan lebih penting, "bertebaranlah" atau "berlumba-lumbalah".

Saya tak bermaksud untuk tinggalkan salah satu.

Perasan atau tak, suka atau tidak yang pasti tiap-tiap detik waktu yang kita lalui, dunia makin menjauhi kita dan akhirat makin menghampiri kita.

Buatlah keputusan yang terbaik.



Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. 
- Imam Hasan Al-Basri

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian,sungguh terkesan dihati..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuit sikit minda. Peringatan utk kita semua.

      Delete