Home » » bertuah punya budak!

bertuah punya budak!


Orang-orang tua dulu sangat bijak.

Pernah tak dengar peribahasa 'mulut masin'?  Seseorang yang bermulut masin bermaksud seseorang yang ucapannya boleh menjadi realiti. Boleh jadi perkara yang diucapkan tu benar-benar berlaku sama ada secara kebetulan atau sebaliknya.

Pengucapan adalah juga salah satu cara untuk berdoa. Kita juga boleh berdoa melalui pemikiran(akal), perasaan(hati) dan perbuatan. Sebab tu dalam Islam kita diajar supaya bercakap baik sepanjang masa sebab apa yang kita tuturkan kemungkinan Allah makbulkan. Apatah lagi kalau yang mengeluarkan kata-kata tu dari seorang ibu atau bapa kepada anaknya.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah)


doa ibu
Doa ibu membawa ke syurga - ihsan pakcik google

Jadi kepada ibu bapa, berjaga-jagalah dalam bertutur kepada anak-anak. Kadang-kadang memang kita rasa marah tengok gelagat anak-anak, lagi-lagi kalau kita tengah letih baru balik dari kerja. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada anak-anak kerana ia adalah doa dan doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.

Sebab tu orang-orang tua dulu sangat bijak. Kalau anak-anak ada buat salah, tidak dimarahnya tapi yang selalu kita dengar, "bertuah punya budak!"



Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. 
- Imam Hasan Al-Basri

14 comments:

  1. betol tuh.. kata2 ibu adalah satu doa.
    huhuhuhu.. zura pon kadang2 terlepas gak cakap bende yg tak baik.
    kena selalu berhati2 lepas nih.

    ReplyDelete
  2. hehe... memang selalu la terlepas cakap.. pastu en suami jegil mata.. huhhu... sedang dalam proses mengawal emosi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ence husband nak tolong remind ler tuee

      Delete
  3. betui2.... kadang pantang larang org tua2 walau namapk tak msk akal tp sebenarnya ada maksud lain yg tersirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang lagi bnyk makan garam kannn... jgn sampai darah tinggi dah

      Delete
  4. tq mengingatkan...sama2 la kita cuba sedaya upaya elakkan kata benda2 tak elok pada anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 la kita. tkasih ye sudi singgah

      Delete
  5. masin mulut orang tua... kadang2 dia cakap.. baiknya anak mak nih... walaupun dah buat salah... makan dalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... pernah kena hint2 camtu. terasa la gak

      Delete
  6. ye lah. ayat budak bertuah tu selalu je org tua dulu2 sebut. padahal anak dia tgh buat nakal. bagus juga daripada sebut perkataan yg tak sopan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... bnyk gak petua org2 tua dulu yg ada kebaikan dia. Cuma x dibagitau terang2.

      Delete
  7. kita sebagai ibu lagi masin mulut...
    patu cakap yang baik-baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kalau x pandai pon... jgn skali2 ckp tak pandai.. kena puji selalu.

      Delete