Home » » Islam tak ada tapi muslim ada

Islam tak ada tapi muslim ada

Suatu ketika dulu dalam tahun 1882, seorang pemikir Islam dari Mesir yang bernama Muhammad Abduh telah dibuang negeri oleh pentadbiran penjajah British. Beliau telah menetap di Lubnan selama lima tahun dan setahun di kota Paris. Sekembalinya beliau ke Mesir, beliau telah ditanya oleh pengikut-pengikutnya mengenai Eropah seraya beliau mengeluarkan satu kenyataan yang dikenang hingga ke hari ini:

I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I get back to the East and saw Muslims, but not Islam.
     
— Muhammad Abduh

Mungkin akan ada yang tak berapa setuju dengan kenyataan beliau. Tak dinafikan masyarakat Barat memang terkenal dengan "Freedom of Speech" dan "Human Rights" yang membenarkan seks bebas dan tiada batas-batas dalam pergauluan. Tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman rakan yang pernah menuntut di kotaraya London. Ada baiknya kita ambil perkara-perkara yang positif daripada menyuluh pada yang negatif saja.

Biasanya orang-orang tempatan di London akan beratur untuk menaiki bas. Tak perlu ada orang untuk mengarah. Perkara ini semakin menjadi kebiasaan di negara kita. Dahulu, kebanyakan daripada masyarakat kita lebih suka berebut atau potong line untuk menaiki bas. Sudah ada satu perkembangan yang positif.

Di sana, penumpang-penumpang bas juga biasanya akan mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas semasa hendak turun dari bas. Pernah rakan saya duduk hampir dengan pemandu bas dan hasil pengamatannya, hampir semua penumpang akan mengucapkan terima kasih. Satu amalan yang patut dipuji dan dicontohi. Rasanya ada juga penumpang bas di negara kita buat perkara yang sama. Tapi tak ramai.

Bas di kota London
Bas lama ini masih boleh dilihat di jalan-jalan di sekitar kota besar London

Di sana, keadaan dalam dan luar bas juga sentiasa dijaga kebersihannya. Sangat selesa. Rasanya banyak bas di negara kita tak diselenggara dengan baik. Bas lama pon tak apa asal kebersihan dijaga. Bukankah Islam suka pada kebersihan.

Bas juga bergerak mengikut jadual terutamanya bas ekspres. Kalau kita terlambat memang kita akan tertinggal bas. Pernah sekali rakan bercerita dia terlewat ke stesen bas dan bas baru saja bergerak. Dia hanya terlewat tak sampai 5 minit. Dia ke kaunter tiket untuk mengadu. Pelayan kaunter tu dengan selamba berkata

"If I wait for you, I have to apologise to each and every passenger in the bus just for you."

Rakan saya terus terdiam. Secara tak langsung kita diajar untuk mementingkan masa dan tidak pentingkan diri sendiri. Bukankah Islam dah ajar kita semua tu?

Ini hanyalah beberapa contoh yang dekat dengan kehidupan kita. Mutiara kata kenyataan Muhammad Abduh tu sebenarnya nak menyedarkan kita, sebab kita mengaku kita seorang Muslim, cara percakapan kita dan cara perwatakan kita sedikit sebanyak perlu menggambarkan ajaran Islam yang sebenar. Ini juga satu cara dakwah untuk menarik orang luar mendekati Islam.

Marah tak kalau ada orang tiba-tiba datang jumpa kita dan cakap "Awak bukan Muslim"?



0 comments:

Post a Comment