Home » » Sedekah yang ikhlas

Sedekah yang ikhlas

Orang kata, sedekah biar ikhlas, baru ada keberkatan. Dalam satu ceramah di surau, Ustaz mengajar, katanya, ikhlas di sini bukan bererti kita tidak boleh mengharapkan sesuatu. Kita boleh mengharapkan apa sahaja dalam kita bersedekah. Pelik tak? Mesti ada yang ingat saya sedang bagi ilmu sesat kan?

Sila baca lagi.

Contohnya kita bersedekah kerana mengharapkan agar dimurahkan lagi rezeki atau semoga dengan amalan bersedekah, kita dapat mengubah sikap diri daripada bakhil kepada pemurah. Itu semua dibolehkan. Yang tidak boleh adalah apabila kita bersedekah, kita mengharapkan sesuatu dari manusia, seperti puji-pujian dari orang lain atau pon agar dipandang mulia.

Dengan kata lain, kita memanjatkan harapan hanya pada Allah SWT, bukan pada manusia.

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."
(Riwayat: Bukhari)

Kita juga digalakkan bersedekah sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

jom sedekah
haihhh... tarik nafas dalam-dalam

Berilah makan pada burung, kucing, ikan dan haiwan-haiwan kerana sudah tentu kita tak boleh nak mengharapkan apa-apa balasan dari mereka. Kan lebih ikhlas tu. (tapi jangan sampai tak sedekah pada orang yang memerlukan pula).


Orang kata, sedekah biar ikhlas, baru ada keberkatan.... jadi kalau tak ikhlas, tak payah lah sedekah?




Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. 
- Imam Hasan Al-Basri

18 comments:

  1. Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  2. dulu saya selalu kata rezeki saya tak cukup
    lepas tu saya terdengar ceramah ustaz kazim seuruh kita bersedekah
    insya allah rezeki kita murah

    saya cuba buat, alhamdulillah
    duit yang kata tak cukup dulu, lebih pula sekarang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Allah tu tuan punya rezeki, bukan bos atau orang lain.

      Delete
  3. Assalam
    Terima kasih ya . Perkongsian yang membuka minda dan pengisian ilmu.

    ReplyDelete
  4. sangat bermanfaat perkongsian ini.. betul tu, sedekahlah dengan ikhlas untuk memperoleh keberkatan.. insya-Allah..

    ReplyDelete
  5. Jika bersedekah...tangan kanan memberi jangan sampai tangan kiri tahu. Sampai begitu sekali keikhlasan yang dituntut. Bersedekahlah jika mampu...

    ReplyDelete
  6. SUBHANALLAH. terima kasih kerana mengingatkan hana. :')

    ReplyDelete
  7. ini bukan kali pertama saya tengok gambar tu. tapi entah kenapa kali ni, hati ni betul-betul terusik.. )':

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka renung gambar tu. Sebak rasa kenangkan nasib org2 macam ni.

      Delete
  8. membuka hati untuk bersedekah adalah niat yang baik, apatah lagi jika disusuli dengan amalan itu sendiri. Jangan kedekut, sebab itulah saham kita di akhirat... *cakap untuk diri mama sendiri....

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg baik..kn ikhlas dlm memberi sedekah..dan jgn riak...saham akhirat bila bersedekah ni,,:)

    ReplyDelete
  10. Betul tu seri..sedekah kena ikhlaskan..biarpun sikit kalau itu yang termampu...doa juga adalah sedekahkan...salam hujung minggu ya!!!!

    ReplyDelete