Baru je lepas tengok rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don. Kali ni Ustaz Don menceritakan berkenaan hukum membaca Al-Quran bertajwid.
Firman Allah:
Tartil bermaksud, memelihara hukum tajwid. Dalam ilmu Qiraah, tajwid bererti mengeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan sifat-sifat yang dimilikinya sehingga lafal dan maknanya terpelihara.
Firman Allah lagi:
Secara ringkasnya, ada 2 perkara di sini.
- Hukum mempelajari hukum-hukum tajwid
- Hukum membaca Al-Quran bertajwid
Hukum mempelajari hukum-hukum tajwid adalah Fardu Kifayah. Maknanya, jika dalam kawasan kita, ada seorang yang menguasai hukum tajwid dengan baik, sudah memadai. Semua ahli lain dalam kawasan itu terlepas dari tanggungjawab mempelajari hukum tajwid. Tetapi, jika tidak ada seorang pon yang belajar ilmu tajwid, maka seluruh kaum muslimin menanggung dosa.
usia bukan alasan untuk tidak mula belajar |
Jadi, jika kita yang belum belajar hukum tajwid tak perlulah belajar tajwid? Jangan seronok sangat.
Hukum membaca Al-Quran bertajwid pula adalah Fardu Ain, bermakna, setiap dari kita yang ingin membaca Al-Quran mesti membacanya dengan tajwid.
Macam mana tu?
Jika kita belum menguasai ilmu tajwid, kita perlulah membaca bersama orang yang menguasainya supaya bacaan kita boleh ditegur dan dibetulkan. Macam leceh kan? Tiap kali nak baca Al-Quran, kita kena cari guru sebab kita tidak tahu tajwid.
Jadi, apa kata kita tanam azam (kepada yang suka buat azam tahun baru ikut kalendar Masehi), cuba luangkan masa untuk mempelajari hukum tajwid. Tahun 2014 baru masuk 12 hari. Sempat lagi untuk masuk dalam list azam tahun 2014 . Tak rugi pon.
Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam
kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana
aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang
itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak
akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi
peringatan.
- Imam Hasan Al-Basri
terima kasih untuk peringatan tu =)
ReplyDeletesudah belajar tajwid tp sentiasa ada pengetahuan tntg tajwid yg perlu dipelajari....
ReplyDeletealhamdulillah sudah belajar, tapi kadang-kadang ada yg lupa juga.. ):
ReplyDeleteThanks for the share...masih bayk yg rietta perlu belajar...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang sangat baik ini, semoga diberkati..amin..
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian ini...
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul...
perkongsian yg baik.. baca alquran dengan bertajwid itu wajib.. kalau tak baca alquran sekali pun, solat tetap kena baca al-fatihah, mesti jugak bertajwid.. so, nk tak nak, untuk sempurna solat, perlu jugak tahu ilmu tajwid.
ReplyDeletedone folo sini seri.. tq singgah blog liliynn yer.. :)
ReplyDeletesinggah...follow
ReplyDeleteperkongsian yang baik ni :) terima kasih..
ReplyDelete