Home » » Jumaat terakhir

Jumaat terakhir

Perasan tak hari ini adalah Jumaat terakhir tahun 2013. 2013 bakal pergi meninggalkan kita. Pejam celik pejam celik, kita yang dulu di bangku sekolah, kini dah habis SPM, dulunya bujang, kini dah berkahwin, dulunya sepasang suami isteri, kini dah jadi ibu dan bapa. Betapa cepatnya masa berlalu.

Orang kata, dalam kita mengejar yang di hadapan, sekali-sekala tolehlah ke belakang. Orang kata lagi, dalam kita berlari ke depan, berhentilah sekejap, ambil nafas. Muhasabah diri.

jam pasir
jam pasir

Bermuhasabah diri adalah satu amalan para anbiya, mursalin dan orang-orang soleh. Rasulullah SAW sendiri pernah memuji sikap muhasabah seperti di dalam hadith Baginda yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi daripada Syadad bin Aus RA iaitu:


Apa yang sudah kita kecapi sepanjang tahun 2013? Untuk yang sudah berazam azam awal tahun dulu, dah capai ke segala impian?

Tahun beralih maka umur kita pon bertambah. Makin dekat kita dengan tarikh luput kita. Sampai tarikh luput kelak, kita akan dikembalikan. Kawan-kawan, bersyukurlah pada Allah atas segala nikmat yang telah dipinjamkan kepada kita selama ini. Dalam tahun 2013 ini, ada yang beli kereta baru, ada yang berpindah ke rumah baru, ada yang dimurahkan rezeki dinaikkan jawatan. Ada pula yang menimang cahaya mata baru.  Alhamdulillah, syukur pada Allah. Allah sayang kita.

Sekadar renungan, sepanjang tahun 2013, bagaimana hubungan kita sesama kita? Hubungan kita dengan ibubapa? Anak-anak? Adik beradik? Kawan-kawan? Orang di sekeliling kita? Harap-harap semuanya baik belaka.

Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah? Sejauh mana kita telah melaksanakan amanah sebagai hamba Allah? Ada tak azam kita tahun 2013 diselitkan sedikit untuk memulihkan hubungan kita dengan Pencipta kita di mana kita akan dikembalikan?

Sempena kedatangan tahun baru 2014 kelak, kepada yang tanam azam, buatlah azam untuk dunia dan akhirat. Rawatlah hubungan yang tercalar.

Artikel ini adalah ditujukan terutamanya pada diri saya sendiri.




Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. 
- Imam Hasan Al-Basri

14 comments:

  1. kalau untuk tahun masehi, betullah tu
    kalau tahun islam, kita memang dah lama masuk tahun baru =)

    apapun semoga ketika sentiasa berubah ke arah kebaikan

    p/s - boleh ubah tak word verification sebab macam payah tiap kali nak tinggal komen =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..dah remove word verification.

      Saya pon baru lagi berblogging. Kalau ada apa2, tegur je.

      Delete
  2. salam ziarah SS ...
    setuju dgn apa SS tulis ..
    sesama kita manfaatkan tahun yg mendatang dgn melebihkan belakan kita utk mengharungi satu perjalanan yg panjang nanti ..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. .

    in sya Allah. . terimakasih

    p/s bab si comel tu. .sy cuba claim insuran. . moga Allah permudahkan urusan tersebut. . .

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan sis..trima kasih sudi singgah ke blog kita..done follow cne 31 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan. :). Saya tgh cari jalan nak follow awak .. tapi x reti2.. huhu

      Delete
  5. salam..
    Alhamdulillah..msh diberi kesempatan untk smpai ke tahun ni..moga menjadi lebh baik dari tahun yg lepas...InsyaAllah.. =)

    ReplyDelete