Home » » Selamat Menyambut Tahun Baru

Selamat Menyambut Tahun Baru


Para pelanggan dan pengunjung yang disayangi,

Di kesempatan ini, Telekung Selaseh ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah / Awal Muharram, semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.

selamat menyambut Maal Hijrah / Awal Muharram

Jom test sikit...

1. Muharram bulan hijrah?

Muharram sebenarnya bukan bulan di mana Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kisah penghijrahan Rasulullah SAW sebenarnya berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal. Namun Muharram dipilih oleh Khalifah Umar Al-Khattab RA pada zaman pemerintahannya untuk dijadikan titik permulaan tahun. Tahun di mana peristiwa hijrah itu berlaku (622 Masihi) diambil sebagai tahun pertama dalam kalendar Islam (tahun pertama Hijrah).

2. Siapa yang mencadangkan tahun hijrah?

Tahun Hijrah ditentukan oleh Khalifah Umar pada 17 H/638 M. Beliau telah mengundang para sahabat untuk sama-sama menetapkan pengiraan tahun hijrah. Ada sahabat yang mengusulkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai permulaan tahun Islam. Ada pula yang mengusulkan turunnya wahyu pertama. Yang lainnya mengusulkan Perang Badar (17 Ramadan). Ali bin Abu Talib akhirnya mencadangkan untuk memilih tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai tahun pertama hijrah kerana peristiwa tersebut merupakan kejayaan awal perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam.

3. Apakah hari sunat berpuasa dalam bulan Muharram?

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk berpuasa pada bulan Muharram. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah, Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata :
“Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari ke sembilan (9 Muharram) dan ke sebelas (11 Muharram). Walaubagaimanapun, kita boleh berpuasa pada mana-mana hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

4. Apakah peristiwa penting pada 10 Muharram (Hari ’Asyura)?

Seperti yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.



5. Tahu tak 10 Muharram, hari kebesaran orang Yahudi?

Berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra :  
“Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata: Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

sumber:
http://www.islam.gov.my/e-hadith/puasa-sunat-sembahyang-sunat-dibulan-yang-dimuliakan
http://www.islam.gov.my/e-hadith/sejarah-puasa-assyura
http://www.islam.gov.my/e-hadith/jangan-meniru-seperti-yahudi
http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121030/ba_02/Kiraan-tarikh-hijrah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrah
http://langitilahi.com/10893

8 comments:

  1. Replies
    1. Salam Maal Hijrah.. bleh la kalau nak buat azam baru sempena tahun baru.

      Delete
  2. kalau berminat nak advertorial dengan saya dan team saya.. please msg me 0145001872

    nizamijam.com

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah

    ReplyDelete
  4. singgah...n jadi sahabat di sini....^__^

    ReplyDelete