Home » » Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Pada suatu hari sekumpulan 3 sahabat bertemu dan mengadu nasib sesama mereka. Mereka semua kerja sebagai petani. Yang seorang mengadu tanaman-tanaman di kebunnya makin hari makin kurus dan kekeringan. Hujan sudah lama tak turun. Yang seorang mengadu, setelah sekian lama berumahtangga, dia masih belum dikurniakan zuriat. Yang terakhir pula mengadu sudah letih hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.

Setelah lama berbincang, mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan penyelesaian daripada seorang ulama di daerah mereka. Mereka pon pergi bertemu ulama yang dimaksudkan dan mengadu masalah mereka satu persatu. Seteleh mendengar masalah demi masalah, ulama tersebut pon memberikan nasihat. Alangkah terkejutnya mereka kerana untuk semua masalah yang berbeza itu mereka hanya dinasihatkan agar membanyakkan istighfar. Seorang dari mereka mengeluh, "Takkanla istighfar je. Senang la jadi ustaz camtu.. asal orang datang berjumpa je disuruh beristighfar. Semua orang boleh cakap!". Mereka pon pulang dengan perasaan yang hampa.

-Tamat-

Tu cerita rekaan je. Tak kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada. Tapi percaya tak semua, tiga masalah tu boleh diselesaikan hanya dengan beristighfar?





Dalam satu ceramah, Ustaz bercerita...

Suatu hari, Imam Ahmad Ibn Hanbal keluar merantau. Imam Ahmad Ibn Hanbal ialah pengasas mazhab Hanbali. Setelah penat berjalan, beliau ternampak sebuah masjid. Beliau pergi ke masjid itu untuk berehat dan tidur sebentar. Walaupon menjadi seorang ulama besar, beliau tidak dikenali di kawasan itu. Sesampainya di masjid, beliau tidak dibenarkan untuk tidur di dalam masjid dan hanya disuruh tidur di kaki lima masjid. Kemudian di kaki lima masjid, sekali lagi beliau ditegur. "Di sebalik sana ada sebuah taman, boleh la tuan tidur di sana." Beliau akur dan pergi ke taman itu. Dapat juga beliau merehatkan badan di taman itu.


Tiba-tiba datang seorang pemuda. Pemuda itu menyapa, "Assalamualaikum pakcik. Pakcik hendak berehat? Di rumah saya ada katil. Tak la besar. Sekadar untuk berehat, boleh la. Rumah saya pon kecil je." Pemuda itu mengajak Imam Ahmad ke rumahnya. Imam Ahmad pon bersetuju.


Setelah sampai di rumah pemuda itu, Imam Ahmad pon dipelawa tidur. Sementara Imam Ahmad sedang tidur, pemuda itu meneruskan kerjanya membuat roti. Pemuda itu adalah seorang pembuat roti. Sambil menguli tepung, pemuda itu beristighfar.

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)


Leka pemuda itu menguli roti sambil beristighfar.

Setelah seketika, Imam Ahmad terjaga dan terdengar alunan zikir pemuda itu. Beliau tertarik dan terus menghampiri pemuda itu lalu bertanya, "Selalukah anak beristighfar? Atau hanya kebetulan hari ni anak beristighfar?" Pemuda itu menjawab, "Ya, tiap-tiap hari saya akan beristighfar sambil-sambil membuat kerja".

Imam Ahmad berasa kagum dan bertanya lagi,"Selama ini, ada tak hajat anak yang tak kesampaian? Ada tak anak berasa tak cukup dengan apa yang anak ada?"

Pemuda itu menjawab, "Alhamdulillah. Semua yang saya hajati telah saya perolehi. Saya bersyukur pada Allah. Tapi ada satu sahaja hajat saya yang dah lama saya impikan masih belum tercapai."

"Apakah hajat itu wahai anak?" tanya Imam Ahmad.

"Saya teringin sangat bertemu dengan ulama besar yang sangat saya kagumi... Imam Ahmad Ibn Hanbal," kata pemuda itu.

Imam Ahmad seraya mendekati dan memeluk pemuda itu sambil berkata, "Akulah Imam Ahmad Ibn Hanbal".

Istighfar sebenarnya mendekatkan rahmat Allah dengan kita. Jika kita percaya dengan kekuatan istighfar, marilah kita sama-sama mengamalkannya dalam kehidupan harian kita. InsyaAllah, rahmat Allah tu maha luas.


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. 
- Imam Hasan Al-Basri

18 comments:

  1. Btl tu , bila dh jd amalan , Insyaallah semua yg dihajati akan di permudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena istiqamah.. susah tu.. saya pon x mampu.. cuba2 la usaha eh

      Delete
  2. carita penuh iktibar agar kita tidak segan beramal.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon memula dengar citer nih... tersentuh gak

      Delete
  3. SUBHANALLAH....
    cukup la diri cuma ada Allah..pasti DIA akan mgabulkan segala yg kita inginkan..InsyaAllah..stiasa bnykkan mengingatiNYA...

    ReplyDelete
  4. betul, istigfar kunci segala2nya dengan izin Allah,
    saya sendiri pernah dapat rasakannya..
    istigfar banyak2 insha Allah akan ada jalan penyelesaian
    yang terbuka luas..
    betapa Allah Maha Besar,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la... dah ada bukti depan mata

      Delete
  5. zikir atau banyak beristigfar baik untuk kita juga...
    moga Allah mengetahui segalanya niat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom tanam azam nak istiqamah beristighfar. ... semoga dipermudahkan

      Delete
  6. Terima kasih ingatkan saya yang terleka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih gak sudi dtg website kecik ni.

      Delete
  7. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 la kita amik pengajaran eh...

      Delete
  8. Assalammualaikum..seri selaseh,

    terima kasih atas perkongsian nie.. seronok baca dan kena baca slow2..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. .. saya pon jenis yg suka baca slow2

      Delete
  9. Replies
    1. sama2... tkasih ye sudi singgah sini

      Delete